CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 6

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 6

Tuesday, September 24, 2013

Membaiki Kerosakan Kecil Pada Perabot

Perabot banyak terdapat di rumah, pejabat, atau di dalam bilik darjah. Antara perabot yang terdapat dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, rak dan almari. Perabot di dalam bilik darjah perlu digunakan secara cermat dan perlu disenggara dan dibaiki sekiranya kerosakan terdapat kerosakan dari semasa ke semasa.

Mengenal pasti bahagian perabot yang rosak – kerusi dan meja

Kerosakan kerusi dan puncanya

1. Papan alas tempat duduk tertanggal.
  • kerusi terjatuh
  • kaki kerusi goyah
2. Penyadar tercabut
  • skru longgar
  • 3. Kaki kerusi goyah
  • murid duduk dengan cara yang tidak betul
  • skru Allen longgar
4. Kaki kerusi patah
  • terjatuh dengan hentakan yang kuat
  • Kerosakan meja dan puncanya
Kerosakan kerusi dan puncanya

1. Papan meja tertanggal
  • selalu diangkat
2. Papan meja pecah
  • terjatuh
  • meja selalu terkena air
3. Kaki meja longgar dan condong
  • skru Allen longgar
4. Kaki meja patah
  • terjatuh dengan hentakan yang kuat

Mengenalpasti Bahagian Perabot Yang Rosak

Bahagian perabot yang rosak dikenal pasti melalui :
  • pemerhatian
  • membuat semakan
  • menggunakan perabot

Setelah dikenal pasti kerosakan kecil pada perabot, kerja-kerja pembaikan memerlukan alatan tangan dan bahan-bahan yang sesuai.

Alatan Tangan dan kegunaan

1. Pengukur keluli
untuk membina garisan lurus,mengukur serta memindahkan jarak

2. Gergaji tangan
untuk mengerat dan membelah kayu

3. Sesiku L
untuk menanda garisan bersudut 90` dan untuk menguji kepersegian dan keratan permukaan kayu

4. Tukul kuku kambing
untuk mengetuk dan mencabut paku

5. Pita pengukur
digunakan untuk mengukur jarak

6. Berus
   i. berus cat
  ii. berus syelek
berus cat digunakan untuk menyapu cat manakala beres syelek digunakan untuk menyapu syelek

7. Pisau penanda
digunakan untuk menanda garisan potongan pada permukaan kayu sebelum menggergaji

8. Kunci Allen
digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru Allen

Bahan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan kecil pada perabot adalah seperti berikut :

  1. paku
  2. skru
  3. glu
  4. kayu
  5. syelek
  6. kertas las
  7. papan lapis
  8. tepung penyumbat
Setelah mengenali alatan tangan dan bahan serta jenis kerosakan, barulah kerja-kerja membaiki atau mengantikan bahagian perabot yang rosak dapat dijalankan.